Jumaat, 21 November 2008

Usia Bukan Faktor


Dalam mengejar minat mendalam terhadap bola sepak, faktor usia bukanlah penghalang. Itu lah yang telah ditunjukan oleh Hj Nizam kepada semua bahawa beliau masih lagi berbisa.

Pada Ahad 16 November 2008 Iman telah bermain untuk melengkapkan game yang ke tujuh. Dalam perlawanan seawal 8 pagi itu Iman telah menang 3-0 terhadap Vulcan FC. Semua gol di jaringkan oleh Hj Nizam Ibrahim.

Pemain yang digelar Abg. Haji oleh semua pemain dan pegawai telah mencatatat sejarah tersendiri kerana berjaya menjaringkan hatrick pada Liga Div Satu Selangor pada usia 40an.

Perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh Iman Fc membawa hingga ke wisel penamat. Pada separuh masa pertama Iman mengasak bertubi-tubi kearah gawang Vulcan. Hasil pada minit ke20 hasil hantaran Sankar yang melorong cantik kepenjuru padang dirembat kencang oleh Hj Nizam kepenjuru jaring. Separuh masa pertama 1-0.

Separuh masa kedua lebih banyak asakan di lakukan, cuma penyudah yang tumpul sendikit mengecewakan jurulatih dimana jika tidak lebih banyak gol di jaringkan. Pada minit ke 54 Suhaimi yang baru dimasukan membuat larian kemas dan mengumpan ke Hj Nizam yang berseorangan di hujung padang. Sepakan leret dan kencang tepat karah gawang gol tanpa dapat di selamatkan oleh penjags gol. Gol 3 pula tercipta apabila Hj Nizam memotong hampil 4 pemain lawan sebelum merembat kearah gol. Seorang pemain yang berada diposisi gol cuba menyelamatkan keadaan tapi sayang hanya menadah angin.

Pagi itu Iman pulang bergaya, Iman menang 3 gol tanpa balas.

Keputusan : 3-0
Penjaring   : Hj Nizam hatrick
Kad             : Tiada 

imanfc.blogspot.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang muda2 tak rasa trcabar ke?? ooh ye.. dtg game pun lambat.. kdg2 tak dtg langsung..camne nak rasa tercabar!! ye dok!! ~ Da Boss