Jumaat, 30 Mei 2008

Apa dah jadi?


Apa dah jadi dengan FAM dan AFC? Gara-gara pertikaian mereka kejohanan CYC jadi mangsa. Pada pandangan saya CYC memang tidak menguntung kita, tapi dari sudut lain ia membantu menjana ekonomi dari segi pelancongan. Dari sudut sukan pula sekurang-kurangnya Malaysia mendapat pendedahan bermain dengan pasukan terbaik didunia. Alangkah ruginya wang pendahuluan RM8 juta telah dibayar bakal lebur begitu sahaja. Mengapa ini harus terjadi. Alangkah baiknya jika dapat disalurkan untuk pembangunan bola sepak negara. Inilah terjadi gajah sama gajah bergaduh, pelanduk yang tersepit di tengah-tengah. Entahlah! Malaysia oh Malaysia!!