Selasa, 17 Jun 2008

Contohi Semangat Turki


Beberapa hari lalu Euro 2008 telah menyajikan satu persembahan yang amat menakjubkan dari sebuah pasukan yang mempunyai semangat kental iaitu Turki. Rata-rata pemain Turki bukanlah pemain ternama namun mampu memberi mempersembahan yang amat mantap. Chech seperti yang kita tahu mempunyai nama-nama besar dalam arena antarabangsa. Namun pasukan ini mampu mengalahkan mereka. Apa yang saya ingin perkatakan bukan pasukan itu, tapi semangat juang mereka yang tinggi. Mereke berjuang hingga minit-minit terakhir. Walaupun ketinggalan 2-0 pada satu ketika mereka mampu bangkit dan memenangi perlawanan tersebut.