Isnin, 14 Julai 2008

Iman Menang Dengan SIFA 2-1

Iman mendapat kemenangan pertama pada Ahad lepas setelah kecewa pada dua minggu lalu. Bermain dalam suasana panas terik tidak melemahkan semangat Iman untuk menang. Iman menang 2-1. Perlawanan yang banyak di kuasai oleh Iman dengan corak permainan menyerang banyak kali mencemas kubu lawan. Pada 15 minit pertama Iman menyerang dari arah kiri melalui Mohd Amin membuat hantaran lintang terus disambar oleh Nizam, namun bola tersasar kearah kiri gawang. Serangan yang di kemudi oleh Fadzil membuahkan hasil apabila bola umpanan Suhaimi dirembat masuk oleh Shahrudin menjadi permain 1-0.

Namun kegembiraan Iman tidak lama. Gol yang diperolehi menyebabkan Iman bermain sambil lewa. Hantaran banyak dapat di kekang oleh pihak lawan. Semua bagaikan tak menjadi. Barisan pertahanan berkerja keras mengekang serangan lawan yang bertali arus. Iman terpaksa memberi penalti pada Sifa di minit akhir separuh masa pertama. Ini kerana bola yang yang diterjah oleh Suhaimi terkena pihak lawan didalam kawasan penjaga gol. Mujurlah sepakan itu berjaya diselamatkan oleh Fairess. Gawang iman terselamat seketika. Selang beberapa minit hasil dari sepakan sudut Sifa berjaya menjaringkan gol penyamaan membuatkan kem Iman bisu seribu bahasa. Separuh masa pertama 1-1.


Bermula separuh masa kedua Iman mengandakan serangan. Serangan yang diatur dari kiri dan kanan berjaya mengucar kacirkan lawan. Namun penyudah Iman tumpul dan sekali sekala tampak bahaya. Shahrudin sekali lagi mendapat peluang apabila bola umpanan Suhaimi di dada kemas tapi bola sedikit tersasar dari kaki dan berjaya ditangkap oleh penjaga gol. Pada minit 20 hasil sepakan percuma, Fadzil menghantar bola kemas ke depan gol namun gagal di tanduk oleh Ya'cob yang sedikit terkeluar dari bola. Mungkin faktor 'luck' bersama Iman kali ini. Kerana pada saat saat akhir hasil larian dari Suhaimi lalu menghantar bola tepat kearah gol dan ditanduk kemas oleh Ya'cob bagi menghasilkan gol ke 2. Kem Iman bagaikan berpesta. Pengadil meniup wisel penamat sebaik sepak mula di adakan dan Iman menang 2-1.


Tahniah buat semua!!