Khamis, 31 Julai 2008

Harga Sebuah Kemenangan

Iman terpaksa membayar harga yang mahal untuk sebuah kemenangan pada hari Ahad lepas. Walaupun menang 4-0 dengan Damansara PJ namun seorang pemain Iman, Nor Azrilfitri terpaksa dibawa ke KJMC dan kemudian dipindahkan ke Hospital Besar kerana patah kaki. Iman tidak menyalahkan pihak lawan atas apa terjadi tetapi apa yang lebih memalukan kerana para pemain sendiri terpaksa mengusung Aidil ke KJMC dengan menggunakan meja pengadil kerana tiada pengusung. Yang lebih menyedihkan liga yang besar seperti liga Selangor ini tidak menyediakan bantuan kecemasan. Sekurang-kurangnya Bulan Sabit Merah. Jadi penganjur selepas ini perlulah lebih peka dalam hal sebegini.
Dari segi perlawanan Iman tampak mudah mengawal permainan dimana pada minit ke-4 hasil umpanan Fairess kepada Ikhwan berjaya menjaringkan gol dengan melambung bola terus ke gawang gol. Namun selepas itu Iman nampak sedikit goyah dengan bola banyak di kuasai oleh Damansara PJ. Separuh masa pertama 1-0.

Separuh masa kedua dengan kemasukkan Shankar banyak mengucar kacirkan pihak lawan. Lambungan Mohd Fadzil kepada Shankar berjaya melepasi 3 orang pihak lawan dan mengumpan kepada Ya’cob lalu di tanduk kemas ke gawang gol. Dengan keadaan 2-0 ini Damansara PJ memberi tentangan sengit dimana terjadilnya insiden Aidil mengalami patah kaki. Keadaan menjadi kelam kabut dimana rata-rata pemain tidak pernah mengalami situasi seperti ini.

Apabila perlawanan dimulakan semula, pemain seperti mahu melupakan kejadian tadi dengan mengandakan asakan ke kubu lawan. Hasilnya pada minit ke 60 Shankar melorongkan bola ke Ikhwan yang tidak dikawal dan menampan ke dalam gol. Selepas gol 3 Damansara seperti hilang tumpuan. Iman menghukum pertahanan Damansara sekali lagi dimana seperti gol 3 Shankar melorongkan bola kepada Ya’cob yang tidak dikawal dihujung padang bagi menghasilkan gol ke 4. Selang beberapa minit pengadil meniupkan wisel penamat dan Iman menang bergaya 4-0.

Pada semua pemain pihak pengurusan berterima kasih yang tidak terhingganya kerana menyumbangkan dana dan tenaga untuk Aidil bagi urusan hospital beliau. Jika ada kelapangan bolehlah melawati beliau di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pihak pengurusan dan pemain mendoakan agar saudara Aidil cepat sembuh.