Isnin, 20 Oktober 2008

Iman Kembali Menyengat

Iman telah menjumpai semula sentuhan pada Ahad lepas dengan menundukan GenPro 3-1. Rata-rata permainan dikuasai oleh Iman FC bermula baik apabila bola lorongan Suhaimi ditengah padang untuk Sangkar dirembat kencang kearah gol, tapi bola tersasar keluar.
Gol pertama diperolehi apabila Mohd Fadzil Hamdan melarikan bola dari tengah padang dan mengelecek pertahanan GedPro lalu meletakan bola dihujung gawang. Selepas itu Iman seakan lupa permainan belum tamat dan membiarkan GenPro bermain dikawasan Iman. Iman nampak cemas pada 15 minit terakhir masa pertama. Namun penyudah Gen-Pro tidak menjadi.














Separuh masa kedua Iman mengeluarkan Sangkar dan memasukan Fazli untuk mengemudi tengah. Hasilnya gol kedua Iman menyusul melalui Ikhwan selepas berjaya dilorong oleh Fadzil Hamdan dari sudut yang sukar.














GenPro mendapat tendangan penalti selepas seorang pemain mereka di bentes keras dalam kotak penalti. Fairez hampir berjaya menampan bola keluar dimana terkena sedikit tangan dan masuk ke dalam gawang.
Dengan gol itu Iman mengandakan asakan dan hasil nya pada minit-minit akhir bola rembatan Ann terkena pemain GenPro dan masuk kedalam gawang gol. Keputusan akhir Iman FC 3 GenPro 1.Posted by Picasa