Isnin, 10 November 2008

Kenari Bertemu Ruas


Iman telah mengalami kekalahan mereka yang ketiga semalam. Iman bolos 3 gol tanpa balas bila senjata gempur Kenari bagai menari-nari dilaman Iman. Walau bagaimana pun pujian harus diberi kepada skuad Iman kerana melawan hingga ke wisel terakhir.

Rata-rata pemain Kenari merupakan pemain muda berbanding Iman. Ini memberi sedikit kelebihan kepada mereka. Walaupun begitu Iman bukan mudah dijinakkan.

Dalam keadaan padang yang lembab Iman bermula garang. Hampil semua posisi di kuasai oleh Iman. Percubaan pertama dari Hj Nizam sedikit tersasar namun penjaga gol Kenari gagal menangkap kemas, bola muntah keluar namun tiada pemain Iman datang menyambar.

Percubaan kedua dari Fadzil juga agak bahaya apabila bola yang dirembat deras menuju kearah penjuru gol, namun berjaya ditepis keluar. Selepas itu sekurang-kurangnya 5 lagi percubaan tepat berjaya di selamatkan.

Gol pertama Kenari berjaya di perolehi apabila bola yang di keluarkan dari kotak datang semula kerana tersangkut di air. Pemain Kenari berjaya merampas bola tersebut dan mengelecek pertahanan kiri Iman dan merembat ke penhujung gawang.

Seperti gol pertama, gol kedua juga hasil dari bola yang tersangkut dilopak air, lalu pertahanan Iman datang menerjah. Pengadil memberi sepakan percuma. Dari set piece yang di buat sepatutnya pertahan boleh mengelak gol tersebut. Tapi faktor padang juga membantu Kenari kerana bola yang di clear masuk kegawang sendiri. Separuh masa pertama 2-0.

Separuh masa kedua Iman berjaya mengimbangi permainan Kenari. Banyak percubaan berjaya dipatahkan. Cuma pada penhujung minit perlawanan, pemain Kenari berjaya meloloskan diri daripada terjahan sandwish yang menghasilkan gol.

Keputusan penuh Iman 0 - Kenari 3.

pss: kad kuning Khairul Effendi (wan banting)

imanfc.blogspot.com