Isnin, 1 Disember 2008

3 In The Row Winning


Kelana Jaya 30Nov2008

Pada Ahad lepas Iman telah melengkapkan game yang ke 9 dan memperolehi kemenangan yang ke enam nya. Perlawanan yang sepatutnya tiada pada minggu itu terpaksa diadakan bagi mempercepatkan jadual perlawanan.

Iman telah bertemu dengan KSSC, sebuah pasukan yang boleh di anggap mantap di semua bahagian. Bagi Iman itu tidak penting kerana untuk menentukan kita pasukan yang bagus harus bermain dengan pasukan yang bagus juga.

Separuh masa pertama bermula dengan kedua-dua pasukan menyerang antara satu sama lain. Perlawanan nampak seimbang dengan banyak percubaan tepat di hala arah gawang gol oleh Iman dan juga KSSC. Bermain dalam keadaan cuaca yang agak panas permainan sedikit tegang di hidangkan.

Pemain Iman terlebih dahulu di bentes di luar kotak yang mana pasti boleh menghasilkan gol jika terlepas. Akibatnya pengadil melayangkan kad merah kepasa pemain KSSC dan sepakan percuma dihadiahkan kepada Iman.

Hasil sepakan percuma itu yang di ambil oleh Fadil Hamdan bola melayang terus ke hujung post dan ditepis oleh penjaga gawang. Namun bola keluar semua setelah terkena palang dan jatuh dihadapan Yacob yang menahan mudah untuk gol pertama Iman. Setelah itu Iman menguasai sepenuhnya perlawanan hingga wisel separuh masa pertama ditiupkan.

Bermula separuh masa kedua lebih banyak insiden berlaku kerana masing mahu mengekalkan kemenangan. KSSC bagai sudah hilang arah kerana dalam mencari gol mereka kehilangan pemain tonggak mereka kerana kecederaan.

Iman bagai sudah selesa dengan satu gol kerana tidak menggunakan kelebihan mereka untuk mengasak kubu KSSC. Sebaliknya KSSC lebih banyak menyerang berbanding Iman. Sekali-sekala Iman bermain bola jauh untuk Sankar namun di lihat gagal berfungsi di sebelah kiri.

Iman berasa lega kerana pengadil meniup wisel penamat dan yang penting masih mengekalkan rekod kemenangan tiga kali berturut-turut. Ini kerana KSSC bukanlah pasukan yang mudah untuk dijinakkan. Sekalung tahniah buat semua pemain yang main bermati-matian pada hari tersebut untuk mencipta sebuah kemenangan yang tak di duga. TAHNIAH IMAN!

Keputusan 1-0
Penjaring Yacob
Kad Iwan Banting - kad kuning
imanfc.blogspot.com