Selasa, 16 Disember 2008

Dramatic Ending

Kelana Jaya 14 December 2008

Sayang seribu kali sayang. Itulah ungkapan dari pada perlawanan Ahad lepas melibatkan Iman dan Sinaran Bersatu. Iman sepatutnya membawa pulang 3 mata penuh tetapi terpaksa berkonsi mata gara kealpaan pertahanan pada minit-minit akhir.

Dalam perlawanan itu Iman mengusai hampir 90% dari permainan di dalam padang yang sedikit becak. Gol pertama Iman diperolehi hasil umpanan Amin ketengah padang kepada Hj Nizam yang melorongkan pula kepada Suhaimi untuk menghasilkan gol menarik. Sepakan deras kaki kiri Suhaimi mencari penjuru gol tanpa sempat di apa-apakan oleh penjaga gol.

Selepas itu sekurang-kurangnya 9 percubaan tepat berjaya dihasilkan oleh Iman namun semua nya gagl mencari gawang gol. Separuh masa pertama 1-0.

Apabila separuh masa kedua dimulakan Iman gagal bermain seperti separuh masa pertama. Permukaan padang yang becak menyukarkan lagi pergerakan Iman. Sinaran Bersatu pula bertubi-tubi menyersng kubu pertahanan Iman. Namun semua berjaya dipatahkan oleh Fazil dan Khamis di bahagian bawah.

Namun dipenghujung perlawanan Iman terhukum akibat kealpaan penjaga gol. Bola sepatutnya ditangkap mudah gagal dilakukan. Akibatnya pemain Sinaran Bersatu menerjah bola yang sudah hampir ke tangan penjaga gol Iman untuk gol penyamaan.

Iman begitu hampa kerana tiga mata yang patutnya mudah diperolehi menjadi sukar. Cuma satu kelebihan Iman tidak pernah kalah dalam 5 perlawanan terakhir. Diharap para pemain dapat meningkat dalam perlawanan akan datang.