Ahad, 11 Januari 2009

Iman FC Menang Atas Victoria FC

Sungai Buluh 11/1/2009

Pada hari ini Iman telah mengharungi perlawanan ke-11 menetang Victoria yang merupakan penghuni takhta liga. Pada perlawanan ini Iman telah mengalahkan Victoria 1-0. Permainan yang penuh dramatik.

Dari separuh masa pertama lagi Iman tampak kukuh dibahagian tengah dan banyak memenangi bola. Serangan Victoria berjaya dipatahkan dengan dikemudi oleh ketua pasukan Fadzil Hamdan dan bantuan Khamis. Kebanyakan bola yang dilambung kedalam kawasan Iman mudah dibaca dan atasi dimana penjaga gol Ahmad Tarmizee mudah menangkap bola diudara. 

Iman hampir menjaringkan gol pertama pada penhujung babak, dimana bola yang dilarikan Ikhwan dibentes keras oleh pemain Victoria yang mana pasti boleh menghasilkan gol. Separuh masa pertama seri tanpa jaringan.

Separuh masa kedua Iman mengasak berterusan kekubu Victoria. Title selaku pendahulu liga seakan tidak dapat diterjemah oleh Victoria dalam perlawanan ini. Mungkin kerana tentangan sengit yang diberikan Iman membuat Victoria sedikit hilang pedoman. Hasilnya pada minit ke56 bola yang berjaya di curi oleh Nor Mohd Shahidani di tolak kearah Suhaimi dan kemudian melorong terus kepada Hambali yang berlari dari arah belakang untuk menewaskan penjaga gawang.

Dengan mendapat gol tersebut Iman mengandakan asakan sambil mempertahankan gol defesit yang ada. Dihujung-hujung perlawanan keadaan sedikit tegang yang hampir mencetus pergaduhan. Ini kerana gara-gara kedua pasukan mahu menunjukan permainan yang pantas sambil mencari gol, tambahan pula Victoria tidak pernah kalah.

Diakhir permainan Iman mengatasi Victoria 1-0. Semua pemain terasa lega dan gembira kerana berjaya mengalahkan pendahuku liga dan mengekal rekod 7 tanpa kalah. Tahniah buat semua pemain. Semangat ini harus dikekalkan untuk perlawanan yang mendatang.