Rabu, 29 Ogos 2012

Bola Kita Wajah Kita

Aksi Tentera - Kelantan tercemar - Perlawanan Piala Malaysia membabitkan Tentera dan Kelantan di Stadium MP Selayang, malam tadi dicemari dengan tindakan segelintir penonton melontarkan botol ke padang pada separuh masa kedua. Kejadian itu memaksa pengadil, Mohd Amirul Izwan menghentikan perlawanan kira-kira 15 minit. Bagaimanapun, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dalam perlawanan Kumpulan B yang berkesudahan 1-1 itu. Untuk berita lanjut kerancakan perlawanan Piala Malaysia, dapatkan akhbar BH di pasaran hari ini. - Foto Owee Ah Chun. [Berita Harian]


Inilah budaya kita yang tak profesioanal macam bola kita juga. Orang kata kalau kepala rosak ekor mesti ikut rosak. Entahlah. Kadang2 naik meluat. Memang masuk stadium bayar tapi... pandai2 lah menilai.


2 ulasan:

haritz berkata...

cakap salah tak cakap pun salah

Tanpa Nama berkata...

tengok BPL dan mcm2 tp tak pernah nak tiru mcm diorang. Ada diorang baling botol beer masuk padang ker?