Isnin, 24 November 2008

Iman Hatrik Lagi


Wow.. dalam dua game dua kali hatrik, itulah gambaran yang dapat diluahkan. Iman memperolehi kemenangan yang ke 5 pada minggu lepas 23 November 2008 dengan mengalahkan KOP-Cuepac.

Kemenangan Iman kali di sumbang oleh Sankar, satu-satunya pemain bukan melayu dalam pasukan Iman. Pada separuh masa pertama permainan nampak seimbang dengan kedua- dua pasukan menyerang. Iman banyak menyerang dari sebelah kiri yang di kemudikan oleh kaptain Iman, Fadil Hamdan.

Gol pertama Iman tercipta pada seawal minit ke 10 apabila bola hantaran Sankar ke dalam kawasan Kop-Cuepac dilarikan oleh Ikhwan dan melorong kembali pada Sankar yang membuka ruang di hujung padang, lalu di kuis ke dalam gawang dengan mudah tanpa dapat dibuat apa-apa oleh penjaga gawang.

Dengan gol itu Iman menguasai sepenuhnya permainan. Gol kedua menyusul 5 minit kemudian apabila salah seorang pemain Iman di jatuhkan di luar kotak. Pengadil memberikan tendangan percuma. Hasil dari sepakan deras Fadil bola terkena tiang lalu keluar dan jatuh di kaki Sankar yang menanti untuk merembat bola tersebut. Separuh masa pertama 2-0.

Masuk babak kedua Iman bermain dengan baik cuma penyudah yang kurang baik. Sekurang-kurangnya 3 percubaan tepat yang berjaya di sediakan oleh jentera Iman. Namun gol ketiga hadir pada 10 minit masa kedua apabila larian solo Suhaimi kepenjuru gol merembat deras kedalam kotak penalti disambar oleh Yacob namun bola terlepas. Iman bernasib baik kerana Sankar berada di penghujung gol menolak tenang bola tersebut ke dalam gawang.

Petang yang mengembirakan buat semua pemain Iman pada hari itu kerana memperolehi kemenangan kedua berturut-turut. Sankar adalah orang yang paling gembira kerana menjaringkan hatrik pada hari itu. Tahniah!

Keputusan 3-0
Penjaring Sankar - hatrik
Kad Tiada


imanfc.blogspot.com

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum........tahniah iman fc teruskan kejayaan,sory la gua tak dapat nak join you all.Dalam keadaan masa nie tak dapat nak buat apa la gua ada masalah sikit tapi ada kelapangan nanti insyaallah gua gi jenguk you all........all the best ok..........Riefdy ismi

Tanpa Nama berkata...

Salam! wlwpun menang tapi aku agak kesal dgn jumlah kehadiran pemain2 utk 2/3 game trbaru ni..hampir 35%(8/9 org)pemain yg di daftarkan GAGAL hadir game frenly atau liga..mrk2 ini akan d masukkn ke list jual/beku utk game2 akan dtg dan utk liga tahun depan..pengurusan dah byk brsabar..dah tiba masa utk bertindak!! ~ DaBoss

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum suma..keep up tha gud work! tahniah! trskn perjuangan,mintak maaf pada suma terutama DaBoss kerna xdpt hadir/join
korang pd game2 sblm ni atas sbb2 komitmen kerja...ps:cari duit Boss nk bg orng mkn..pastu nk sponsor iman jg nnti,insya allah kalo ade rezeki...along

Tanpa Nama berkata...

Trimakasih utk En.Rifdy atas semua sumbangan yg tlh d beri.. ~ DaBoss

Haritzer berkata...

Ader org nak sponsor bola, nama tak letak kat Shout tu. Kira ok la nak kasi kami sapu jer. Tima kasih En Unknown..

Tanpa Nama berkata...

En.Along! saudara tlh pun d beri 'rehat' utk musim ini BERDASARKAN faktor2 kesihatan yg tlh d maklumkan lebih awal kpd pengurusan.. sehingga sdra betul2 pulih, barulah pengurusan bersedia menurunkn sdra. D takuti apa2 terjadi nanti pihak pengurusan tidak 'mampu' utk memberi bantuan dr apa segi pun spt yg tlh brlaku baru2 ini.. olh krn kewangan yg terhad..sdra pun tlh sedia maklum..kalu skali-skala turun frenly no hal punya..anytime, tp utk liga..risikonya tinggi..pape pun TRIMAKASIH atas komitmen sdra sepnjg brsama2 dgn ImanFC! ~ DaBoss