Isnin, 24 November 2008

Iman Hatrik Lagi


Wow.. dalam dua game dua kali hatrik, itulah gambaran yang dapat diluahkan. Iman memperolehi kemenangan yang ke 5 pada minggu lepas 23 November 2008 dengan mengalahkan KOP-Cuepac.

Kemenangan Iman kali di sumbang oleh Sankar, satu-satunya pemain bukan melayu dalam pasukan Iman. Pada separuh masa pertama permainan nampak seimbang dengan kedua- dua pasukan menyerang. Iman banyak menyerang dari sebelah kiri yang di kemudikan oleh kaptain Iman, Fadil Hamdan.

Gol pertama Iman tercipta pada seawal minit ke 10 apabila bola hantaran Sankar ke dalam kawasan Kop-Cuepac dilarikan oleh Ikhwan dan melorong kembali pada Sankar yang membuka ruang di hujung padang, lalu di kuis ke dalam gawang dengan mudah tanpa dapat dibuat apa-apa oleh penjaga gawang.

Dengan gol itu Iman menguasai sepenuhnya permainan. Gol kedua menyusul 5 minit kemudian apabila salah seorang pemain Iman di jatuhkan di luar kotak. Pengadil memberikan tendangan percuma. Hasil dari sepakan deras Fadil bola terkena tiang lalu keluar dan jatuh di kaki Sankar yang menanti untuk merembat bola tersebut. Separuh masa pertama 2-0.

Masuk babak kedua Iman bermain dengan baik cuma penyudah yang kurang baik. Sekurang-kurangnya 3 percubaan tepat yang berjaya di sediakan oleh jentera Iman. Namun gol ketiga hadir pada 10 minit masa kedua apabila larian solo Suhaimi kepenjuru gol merembat deras kedalam kotak penalti disambar oleh Yacob namun bola terlepas. Iman bernasib baik kerana Sankar berada di penghujung gol menolak tenang bola tersebut ke dalam gawang.

Petang yang mengembirakan buat semua pemain Iman pada hari itu kerana memperolehi kemenangan kedua berturut-turut. Sankar adalah orang yang paling gembira kerana menjaringkan hatrik pada hari itu. Tahniah!

Keputusan 3-0
Penjaring Sankar - hatrik
Kad Tiada


imanfc.blogspot.com