Jumaat, 30 Mei 2008

Apa dah jadi?


Apa dah jadi dengan FAM dan AFC? Gara-gara pertikaian mereka kejohanan CYC jadi mangsa. Pada pandangan saya CYC memang tidak menguntung kita, tapi dari sudut lain ia membantu menjana ekonomi dari segi pelancongan. Dari sudut sukan pula sekurang-kurangnya Malaysia mendapat pendedahan bermain dengan pasukan terbaik didunia. Alangkah ruginya wang pendahuluan RM8 juta telah dibayar bakal lebur begitu sahaja. Mengapa ini harus terjadi. Alangkah baiknya jika dapat disalurkan untuk pembangunan bola sepak negara. Inilah terjadi gajah sama gajah bergaduh, pelanduk yang tersepit di tengah-tengah. Entahlah! Malaysia oh Malaysia!!

Rabu, 28 Mei 2008

Iman FC Berwajah Baru

Buat semua kawan-kawan lawan web Iman FC telah berpindah ke blogspot. Ini kerana web yang sedia ada sangat terhad ruangannya. Dengan berita yang sedia banyak dan info yang diperlukan tidak dapat menampung web tersebut. Oleh itu sekiranya anda ke web imanfc.blog.com pasti anda akan perasan web tersebut terlalu sukar untuk dilayari dan perlahan. Web tersebut masih belum dipadam. Segala maklumat mengenainya akan diberitahu kelak. Diharap dengan terbinanya web ini maka dapatlah memeriahkan arena sukan tanah air. Oleh itu sila beritahu rakan-rakan mengenai web terbaru ni. Sekian.