Selasa, 30 Disember 2008

What A Game

Pada hari Sabtu lepas Iman FC mengadakan perlawanan persahabatan dengan menentang Selayang United. Iman dibarisi oleh hampir semua pemain simpanan memandangkan hari cuti panjang kebanyakan pemain bercuti ke kampung halaman.

Sementara itu Selayang United dibarisi oleh kesebelasan utama mereka. Pada babak pertama Iman tampak goyang dengan permainan banyak di kuasai oleh pemain Selayang United. Gol pertama diperolehi hasil kelalaian pertahanan yang menyebabkan pemain Selayang berjaya meloloskan diri di sebelah kiri. Rembatan deras yang dihasilkan tidak dapat dijangkau oleh penjaga gol bidan terjun, Fahmi Basri. Selepas itu Iman diasak berterusan sehingga wisel penamat ditiupkan.

Iman memulakan separuh masa kedua dengan sedikit rombakan berjaya mengimbangi asakan lawan. Namun begitu Selayang berjaya juga menambah gol hasil salah faham antara penjaga gol dan pertahanan yang mana bola di lambung betul-betul diatas kelapa penjaga gol.

Keadaan yang sangat gawat itu menyebabkan ketua pasukan Fairess merombak posisi dimana bahagian tengah perlu dipadatkan. Hasilnya Iman banyak menang bola di tengah padang.

Gol pertama Iman muncul hasil sepakan sudut dimana Mohd Nor Shahidani merembat cantik bola umpanan Suhaimi dari sudut padang. Selepas Iman itu terus menguasai perlawanan. Gol kedua pula muncul dari set pease dimana sepakan percuma yang diambil Suhaimi berjaya ditampan oleh Bad menghasilkan gol.

Dengan kedudukan seri itu Selayang United tidak dapat menahan serangan bertali arus Iman kedalam kawasan Selayang United. Terdesak dengan asakan itu pemain Selayang United menarik tangan Suhaimi didalam petak gol yang menyebabkan pengadil memberikan penalti. Suhaimi mengambil mudah dengan menolak ke kanan gawang gol bagi menghasilkan gol ketiga. Keputusan akhir Iman 3 - Selayang United 2.

Tahniah kepada semua pemain dimana anda semua menunjukkan semangat juang yang tinggi. Walaupun kebanyakkan pemain simpanan tetapi kualiti anda setaraf pemain utama. Syabas.

ps: terima kasih buat Along kerana menghadiahkan sebiji bola Adidas. Thanks.

imanfc.blogspot.com