Ahad, 8 Mac 2009

Iman Sudah Berpindah


Iman FC ini sudah berpindah ke laman baru iaitu di
www.imanfc.com Bagaimana pun laman ini akan terus dikekalkan sebagai link laman baru. Harap maklum.

Khamis, 29 Januari 2009

Salam Takziah

Salam saudara2ku! 
Seluruh keluarga IMANFC mengucapkan SALAM TAKZIAH utk FAIRISS a.k.a.CAPANG di atas pemergian anakanda tercinta DANIAL HAKIMI ke rahmatullah pg tadi (29 Jan-1.10pagi).Semoga roh Allahyarham d tempatkn d kalangan penghuni syurga selayaknya..AL-FATIHAH!
-daboss

Jumaat, 16 Januari 2009

Result Selangor League Division 1



Keputusan ini di keluarkan oleh FAS seperti yang tercatat dalam The Star 16 January 2009. Tetapi telah tersalah catat oleh FAS yang mana sebetulnya Iman telah bermain 11 perlawanan dengan 7 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan. Harap maklum.

Tak nampak ke. Sila klik jadual untuk pembesaran.

Ahad, 11 Januari 2009

Iman FC Menang Atas Victoria FC

Sungai Buluh 11/1/2009

Pada hari ini Iman telah mengharungi perlawanan ke-11 menetang Victoria yang merupakan penghuni takhta liga. Pada perlawanan ini Iman telah mengalahkan Victoria 1-0. Permainan yang penuh dramatik.

Dari separuh masa pertama lagi Iman tampak kukuh dibahagian tengah dan banyak memenangi bola. Serangan Victoria berjaya dipatahkan dengan dikemudi oleh ketua pasukan Fadzil Hamdan dan bantuan Khamis. Kebanyakan bola yang dilambung kedalam kawasan Iman mudah dibaca dan atasi dimana penjaga gol Ahmad Tarmizee mudah menangkap bola diudara. 

Iman hampir menjaringkan gol pertama pada penhujung babak, dimana bola yang dilarikan Ikhwan dibentes keras oleh pemain Victoria yang mana pasti boleh menghasilkan gol. Separuh masa pertama seri tanpa jaringan.

Separuh masa kedua Iman mengasak berterusan kekubu Victoria. Title selaku pendahulu liga seakan tidak dapat diterjemah oleh Victoria dalam perlawanan ini. Mungkin kerana tentangan sengit yang diberikan Iman membuat Victoria sedikit hilang pedoman. Hasilnya pada minit ke56 bola yang berjaya di curi oleh Nor Mohd Shahidani di tolak kearah Suhaimi dan kemudian melorong terus kepada Hambali yang berlari dari arah belakang untuk menewaskan penjaga gawang.

Dengan mendapat gol tersebut Iman mengandakan asakan sambil mempertahankan gol defesit yang ada. Dihujung-hujung perlawanan keadaan sedikit tegang yang hampir mencetus pergaduhan. Ini kerana gara-gara kedua pasukan mahu menunjukan permainan yang pantas sambil mencari gol, tambahan pula Victoria tidak pernah kalah.

Diakhir permainan Iman mengatasi Victoria 1-0. Semua pemain terasa lega dan gembira kerana berjaya mengalahkan pendahuku liga dan mengekal rekod 7 tanpa kalah. Tahniah buat semua pemain. Semangat ini harus dikekalkan untuk perlawanan yang mendatang.

Jumaat, 2 Januari 2009

Iman FC vs Selangor Under 20


Pada hari Sabtu ini Iman akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan menetang pasukan Selangor bawah 20 di padang Yayasan FAS. Diharap semua pemain dan pegawai dapat menghadirkan diri sejam lebih awal.
  • Pasukan Selangor U20
  • Padang Yayasan FAS
  • Masa 4.00pm
  • Tarikh 3-01-2009
Selamat berjuang.

imanfc.blogspot.com