Rabu, 2 Julai 2008

Cuaca Mendung, Iman Terasa Bahang

Pada hari Ahad lepas bermulalah Liga Selangor untuk tahun 2008. Apa yang diharapkan oleh Iman tidak menjadi. Iman kalah kepada BB Padang Jawa 1-0. Rata-rata permainan bolehlah dianggap seimbang. Dengan reputasi sebagai bekas penghuni Liga Premier BB Padang Jawa tidaklah gah seperti yang disangka. Namun Iman hanyut entah ke mana. Iman nampak kaku disetiap sudut. Namun sedikit pujian harus di berikan pada barisan pertahanan.

Dengan diketuai oleh Kapten Fairess Iman dapat menyerap serangan bertali arus pihak lawan. Barisan bawah berhempas pulas kerana midfield tidak banyak menang bola di bahagian tengah.Bahagian tengah di kemudi oleh Suhaimi Salleh nampak kaku dan kurang menyumbang bola di bahagian depan. Mungkin rata-rata pemain gugup dengan perlawanan pertama ini. Namun kesungguhan Suhaimi dan Aidil memang harus dipuji kerana sekali sekala bola terlepas kelaman lawan tampak bahaya tapi kurang bisa. Separuh masa pertama 0-0.



Masuk babak kedua aksi-aksi keras dihidangkan oleh kedua-dua pasukan. Bermula dengan umpanan yang gagal di sambut oleh pertahanan, bola dapat dicuri oleh pemain lawan. Satu bentesan keras oleh pertahanan Iman yang meyebabkan sepakan percuma diberikan. Dengan benteng masih belum bersedia BB Padang Jawa terus merembat deras terus kearah penjuru gol dan menghasilkan gol pertama. Jaringan diprotes oleh pemain yang mendakwa gol itu "side netting". Namun pengadil tetap dengan keputusan memberikan gol untuk BB Padang Jawa.

Dengan gol ini lah menyebabkan Iman seperti "terasuk hantu". Serangan terus terusan dilakukan. Dengan midfield baru hendak nampak hidup kembali, tiba-tiba Aidil terpaksa keluar akibat rempuhan keras pihak lawan dan di gantikan oleh Zul. Dengan tak semena-mena diakibat oleh kelalaian pertahanan satu kad merah dilayang oleh pengadil kepada Wan akibat membuat kekasan kali kedua. Iman bermain sepuluh orang.


Pada 15 minit terakhir Iman memperolehi peluang keemasan apabila cubaan Mohd Amin gagal disambung kemas oleh Suhaimi yang berada sedikit jauh pada bola. Namun peluang kedua juga gagal di menafaatkan oleh Suhaimi apabila bola satu lawan satu dengan penjaga gol ditampan keluar oleh pemain lawan yang membuat "sliding' kearah gol.