Rabu, 28 November 2012

Kejohahan Futsal JKKK Kg Nakhoda dan IMAN FC

 Pada 24/112012 JKKK Kg Nakhoda telah mengadakan kejohanan futsal terbuka. Maka IMAN FC secara automatis nya yang bernaung dibawah JKKK mengambil bahagian. 
Kejohanan yang bermula seawal 8:30 pagi terpaksa ditunda hampir jam 11pagi memandangkan hujan turun pada sebelah paginya pada hari kejohanan. Itu tidak mematahkan semangat penganjur dan pemain untuk meneruskan nya.
Sebaik hujan berhenti perlawanan di mulakan dengan lancar. Cuma ada sedikit insiden pergaduhan yang berjaya diselesaikan dengan baik oleh pengadil kejohanan.
Kejohanan itu telah dimenangi oleh AFP-JKR C setelah menang dalam final dengan pasukan PDM KG Nakhoda. Tempat ketiga dan keempat berkongsi hadiah seperti yang tertera pada dalam aturcara perlawanan kerana tidak dipertandingkan kerana kesuntukan masa. 
Dengan kejohanan ini semoga JKKK Kg Nakhoda dan IMAN FC akan terus mengadakan pada masa-masa akan datang. 
Pemenang adalah seperti berikut:
  1. AFP-JKR C
  2. PDM KG NAKHODA
  3. PORORO FC
  4. AFP-JKR B
Ikatan Masyarakat Anak2 Kg Nakhoda (IMAN)

Tiada ulasan: