Khamis, 4 September 2008

Lagenda

sumber selangorfc.com

Memilih lagenda bukanlah satu tugas yang mudah. Malahan ianya lebih sukar jika perlu memilih dari senarai panjang pemain hebat yang pernah menyarung jersi Merah Kuning Selangor. Kerana lagenda bukanlah sekadar pemain midfield yang dikatakan sangat hebat tetapi terlibat dalam rasuah, atau pemain penyerang yang kononnya prolifik tetapi gagal mencipta nama ketika bermain untuk negara mahupun tunggak pertahanan kental yang tidak mampu menyumbangkan walau satu kejuaraan Piala Malaysia pun untuk pasukannya walau berkali-kali mara ke perlawanan akhir.


Bagi penyokong Selangor, pemain lagenda ialah pemain yang mengharumkan nama negerinya dengan 9 kejuaraan Piala Malaysia, pemain yang membawa Malaysia dua kali mara ke Sukan Olimpik, pemain yang beraksi 252 caps untuk skuad negaranya, pemain yang beraksi selama 20 tahun dan memenangi 5 anugerah Kasut Emas sepanjang kariernya, pemain yang menjaringkan 9 gol dalam satu perlawanan untuk negerinya dan 7 gol dalam penampilan sulung untuk negaranya, atau pemain yang amat ditagih khidmatnya sehingga RM1 juta diletakkan sebagai harganya.


Dengan kriteria ketat yang ditetapkan, kami pihak pentadbir selangorfc.com memohon maaf jika nama-nama berikut tercicir dari senarai lagenda kami: Karel Stromsik (2 Piala Liga, 1 Piala FA, beraksi di Piala Dunia 1982), Mehmet Durakovic (3 Piala Malaysia, pemain import pertama menjadi kapten perlawanan akhir Piala Malaysia), Razali Alias (3 Piala Malaysia, 2 Piala Liga, penolong jurulatih tiga kejuaraan 2005), Dollah Salleh (2 Piala Liga, jurulatih tiga kejuaraan 2005, Chow Kwai Lam (7 Piala Malaysia; 2 sebagai pemain Selangor, 2 sebagai jurulatih Selangor dan 3 sebagai jurulatih Kuala Lumpur), adik beradik Norbit iaitu Mohd Shah, Zulkifli dan Jamaluddin (6 penampilan final Piala Malaysia di antara mereka) dan ramai lagi.
Edwin Dutton
Arthur Koh
Abdul Ghani Minhat (Selangor)
EDWIN DUTTON
Penyerang
1948-1957
ARTHUR KOH
Penyerang
1952-1961
ABDUL GHANI MINHAT
Penyerang
1955-1968
Soh Chin Aun
M CHANDRAN
Pertahanan
1963-1975
CHOW CHEE KEONG
Penjaga Gol
1965-1978
SOH CHIN AUN
Pertahanan
1970-1979
Santokh Singh
R Arumugam
Mokhtar Dahari
SANTOKH SINGH
Pertahanan
1972-1985
R ARUMUGAM
Penjaga Gol
1972-1988
MOKHTAR DAHARI
Penyerang
1972-1987
Wong Choon Wah
Khan Hung Meng
Abdullah Ali
WONG CHOON WAH
Tengah
1968-1978
KHAN HUNG MENG
Tengah
1982-1989,1991-1992
ABDULLAH ALI
Tengah
1975-1981
Reduan Abdullah
Zainal Abidin Hassan
Azman Adnan
REDUAN ABDULLAH
Tengah
1976-1984
ZAINAL ABIDIN HASSAN
Pertahanan/Penyerang
1980-82,1985-90,1996-99
AZMAN ADNAN
Penyerang
1993-1998,2002-2004

imanfc


Isnin, 25 Ogos 2008

Dollah menyesal tak sudah

Oleh: UTUSAN MALAYSIA

SEANDAINYA mampu dan berpeluang mengubah semula keadaan, mahu sahaja Dollah Salleh mengelakkan kesilapan barisan benteng Selangor yang menjadi punca utama terlepasnya Piala Malaysia kepada Kedah dalam perlawanan akhir edisi ke-82, kelmarin.

Jurulatih Selangor itu mengakui, kesilapan mudah yang tidak sepatutnya dilakukan bagi gol pertama dan ketiga Kedah (Marlon Alex James dan Fadly Baharom) telah mengubah corak permainan lawan menjadi begitu hebat sedangkan anak buahnya yang terus tenggelam secara sepasukan.

"Pada 20 minit pertama, kami menguasai permainan tetapi dengan kesilapan yang kami dilakukan di bahagian pertahanan, corak kami menjadi begitu longgar. Benteng kami tiba-tiba goyah dengan satu dua kesilapan mudah, malah keseluruhan pasukan terikut-ikut," katanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.

Gol pertama Kedah hasil lorongan terus pemain terbaik perlawanan, Nelson Sam Martin kepada Marlon pada minit ke-30 juga tidak mampu dikejar dan disaingi dua benteng tengahnya, Razman Roslan dan Evans Chisulo sehingga penyerang Kedah itu merembat mudah menewaskan Suffian Ab. Rahman.

Kecuaian Razman Roslan dalam mengawal bola biarpun jauh daripada rebutan Baddrol Bakhtiar membolehkan Fadly yang diumpan tanpa dikawal di sebelah kiri, menolak kencang untuk gol minit ke-38 sekali gus mengesahkan Kedah selaku juara tiga gelaran Liga Malaysia buat dua musim berturut-turut.

"Satu kesilapan yang sama (seperti perlawanan akhir Piala FA), cuma dilakukan oleh pemain lain. Khasnya gol ketiga, saya rasa tidak patut seorang pemain pertahanan lakukannya tetapi dalam bola sepak, kita tidak boleh hendak cakap apa, benda sudah berlaku, Kedah mengambil peluang itu dan kami menanggung padah," katanya.

Selangor yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2005 (termasuk Piala FA dan Liga Perdana), bagaimanapun mendahului 1-0 menerusi pemain importnya dari Liberia, Frank Seator dan penyerang kebangsaan, Safee Sali merapatkan kedudukan dengan sepakan sungkit cantik pada minit ke-77.

Kata Dollah yang menempuh musim ketiganya menerajui Gergasi Merah, "kami sudah mencuba sehabis baik dan mulai bangkit pada babak kedua, tetapi tuah masih tidak menyebelahi kami dan memang kami akui kami menentang sebuah pasukan yang bagus seperti Kedah."

Tiga penggantian pemain dilakukan - Amirulhadi Zainal bagi D. Surendran; R. Surendren untuk Elie Aiboy dan Fadzli Saari dengan Indra Putra Mahayuddin namun Selangor yang turut diatasi dari segi jumlah penyokongnya, belum mampu menebus tiga kekalahan kepada Kedah musim ini, 6-2, 1-0 dan 3-2 (Liga Super dan Piala FA).

Menurut Dollah, sebagai jurulatih, dia akur dengan kekalahan itu dan bertanggungjawab sepenuhnya tetapi agak terkilan dengan kehadiran penyokong Merah Kuning yang tidak mampu mengimbangi 'Lautan Hijau Kuning' sedangkan lokasi Stadium Nasional masih lebih hampir dengan Shah Alam.

imanfc

Isnin, 11 Ogos 2008

Anggerik Mencengkam Iman



Pada hari Ahad lepas Iman kalah kepada Aggerik 3-1 menjadikan kekalahan kedua bagi Iman. Kekalahan ini bukanlah kayu ukur sebenar Iman. Dengan keadaan cuaca yang terlalu panas Iman hampir tidak bermaya untuk mengasak kubu lawan. Rata-rata pemain terasa terlalu bahang untuk meneruskan perlawanan.

Dengan barisan tengah di kemudi oleh Fadzil dan Nizam gerakan Iman tampak menjadi cuma percaturan kurang tepat. Dengan corak permainan laju yang cuba di terapkan Iman tampak tidak berfungsi dibahagian jentera serangan. Bola banyak hilang ditengah padang. Permainan separuh masa banyak di kuasai oleh Anggerik. Sekali sekala serangan Iman berbahaya cuma tiada penyudah sempurna. Kelekaan bahagian bawah mengundang padah bila perangkap off-side tidak menjadi sehingga Anggerik berjaya mencuri satu gol. Separuh masa pertama 1-0.

Separuh masa kedua bermula baik apabila pertukaran antara Sariffudin dan Shankar menjadi. Shankar banyak mengucar kacir kubu lawan. Tapi semua bagai tak menjadi buat Iman dimana 6 percubaan tepat berjaya di tepis oleh penjaga gol. Iman terasa sesak lalu terpaksa meninggalkan jauh penyerang lawan di hujung padang. Akibatnya Anggerik berjaya menambah gol.

Keadaan menjadi lebih rumit buat Iman apabila sepakan sudut Anggerik berjaya menerjah jaring buat kali ketiga. Namun Iman tidak patah semangat. Gol yang dicari akhirnya berjaya di cipta apabila sepakan Fadzil terkena tiang lalu terpantul ke dalam kotak, lalu disambung oleh Nizam dengan tandukan kemas ke dalam gawang. Keputusan akhir Iman-1 dan Anggerik-3.

Khamis, 31 Julai 2008

Harga Sebuah Kemenangan

Iman terpaksa membayar harga yang mahal untuk sebuah kemenangan pada hari Ahad lepas. Walaupun menang 4-0 dengan Damansara PJ namun seorang pemain Iman, Nor Azrilfitri terpaksa dibawa ke KJMC dan kemudian dipindahkan ke Hospital Besar kerana patah kaki. Iman tidak menyalahkan pihak lawan atas apa terjadi tetapi apa yang lebih memalukan kerana para pemain sendiri terpaksa mengusung Aidil ke KJMC dengan menggunakan meja pengadil kerana tiada pengusung. Yang lebih menyedihkan liga yang besar seperti liga Selangor ini tidak menyediakan bantuan kecemasan. Sekurang-kurangnya Bulan Sabit Merah. Jadi penganjur selepas ini perlulah lebih peka dalam hal sebegini.
Dari segi perlawanan Iman tampak mudah mengawal permainan dimana pada minit ke-4 hasil umpanan Fairess kepada Ikhwan berjaya menjaringkan gol dengan melambung bola terus ke gawang gol. Namun selepas itu Iman nampak sedikit goyah dengan bola banyak di kuasai oleh Damansara PJ. Separuh masa pertama 1-0.

Separuh masa kedua dengan kemasukkan Shankar banyak mengucar kacirkan pihak lawan. Lambungan Mohd Fadzil kepada Shankar berjaya melepasi 3 orang pihak lawan dan mengumpan kepada Ya’cob lalu di tanduk kemas ke gawang gol. Dengan keadaan 2-0 ini Damansara PJ memberi tentangan sengit dimana terjadilnya insiden Aidil mengalami patah kaki. Keadaan menjadi kelam kabut dimana rata-rata pemain tidak pernah mengalami situasi seperti ini.

Apabila perlawanan dimulakan semula, pemain seperti mahu melupakan kejadian tadi dengan mengandakan asakan ke kubu lawan. Hasilnya pada minit ke 60 Shankar melorongkan bola ke Ikhwan yang tidak dikawal dan menampan ke dalam gol. Selepas gol 3 Damansara seperti hilang tumpuan. Iman menghukum pertahanan Damansara sekali lagi dimana seperti gol 3 Shankar melorongkan bola kepada Ya’cob yang tidak dikawal dihujung padang bagi menghasilkan gol ke 4. Selang beberapa minit pengadil meniupkan wisel penamat dan Iman menang bergaya 4-0.

Pada semua pemain pihak pengurusan berterima kasih yang tidak terhingganya kerana menyumbangkan dana dan tenaga untuk Aidil bagi urusan hospital beliau. Jika ada kelapangan bolehlah melawati beliau di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pihak pengurusan dan pemain mendoakan agar saudara Aidil cepat sembuh.

Jumaat, 18 Julai 2008