Isnin, 29 September 2008

Jadual 19.10.08 to 21.12.08


19.10.08
  • GEN-PRO lwn IMAN - 08.00pagi - Padang Yayasan FAS B
  • SRI INDAH lwn ANGGEREK - 09.30pagi - Padang Yayasan FAS B
  • VULCAN lwn SINARAN BERSATU - 10.40pagi - Padang Yayasan FAS B
  • KSSC lwn KOP CUEPACS - 02.00ptg - Padang Yayasan FAS B
  • SIFA lwn VICTORIA - 03.30ptg - Padang Yayasan FAS B
02.11.08
  • DAMANSARA lwn SINARAN BERSATU - 03.30ptg - Padang SUK B
  • GEN-PRO lwn ANGGEREK - 05.00ptg - Padang SUK B
  • IMAN lwn KENARI - 05.00 ptg - Padang Yayasan FAS A
  • VULCAN lwn KOP CUEPACS - 05.00ptg - Padang Yayasan FAS B
16.11.08
  • IMAN lwn VULCAN - 08.00pagi - Padang Yayasan FAS A
  • ANGGEREk lwn DAMANSARA - 09.30pagi - Padang Yayasan FAS A
  • SINARAN BERSATU lwn BB PADANG JAWA - 10.40pagi - Padang Yayasan FAS A
  • VICTORIA lwn KOP CUEPACS - 02.00ptg - Padang Yayasan FAS A
  • GEN-PRO lwn SRI INDAH - 03.30ptg - Padang Yayasan FAS A
23.11.08
  • SRI INDAH lwn DAMANSARA - 08.00pagi - Padang Yayasan FAS B
  • ANGGEREK lwn SIFA - 09.30pagi - Padang Yayasan FAS B
  • VULCAN lwn KSSC - 10.40pagi - Padang Yayasan FAS B
  • VICTORIA lwn BB PADANG JAWA - 02.00ptg - Padang Yayasan FAS B
  • GEN PRO lwn KENARI - 03.30ptg - Padang Yayasan FAS B
  • IMAN lwn KOP CUEPACS - 05.00 ptg - Padang Yayasan FAS B
30.11.05
  • SRI INDAH lwn SIFA - 05.00ptg - Padang Yayasan FAS A
  • DAMANSARA lwn VICTORIA - 05.00ptg - Padang SUK B
14.12.08
  • VULCAN lwn SIFA - 08.00pagi - Padang Yayasan FAS A
  • ANGGEREK lwn VICTORIA - 09.30pagi - Padang Yayasan FAS A
  • GEN-PRO lwn DAMANSARA - 10.40pagi - Padang Yayasan FAS A
  • IMAN lwn SINARAN BERSATU - 02.00ptg - Padang Yayasan FAS A
  • SRI INDAH lwn BB PADANG JAWA - 03.30ptg - Padang Yayasan FAS A
21.12.08
  • SINARAN BERSATU lwn SIFA - 08.00pagi - Padang SUK B
  • ANGGEREK lwn KOP CUEPACS - 09.30pagi - Padang SUK B
  • GEN-PRO lwn BB PADANG JAWA - 10.40pagi - Padang SUK B
  • IMAN lwn VICTORIA - 02.00ptg - Padang SUK B
  • SRI INDAH lwn KSSC - 03.30ptg - Padang SUK B

Selasa, 23 September 2008

Yusri Mokhtar 1971-2007

Pada tahun ini genap setahun pemergian seorang pemain Iman FC dan Nakhoda FC ker rahmatullah. Di bulan ramadhan ini penulis teringat akan beliau memandangkan allahyarham pergi dalam bulan Syawal yang mulia ini. Beliau merupakan permain yang serba boleh.

Diawal pembabitan beliau dalam arena bola sepak sekitar tahun 1980, beliau merupakan seorang penjaga gol yang berbakat. Cuma apabila meningkat dewasa beliau menukar kearah posisi serangan. Bakat beliau dikesan oleh Sekolah Rendah Selayang Baru dan dijadikan pemain sekolah. Beliau memenangi beberapa kejohanan daerah gombak pada masa itu.
Selepas itu beliau meneruskan kerjaya bola sepak keperingkat lebih tinggi dengan bermain dalam liga KL dan Selangor. Beliau merupa pemain KWSP di mana tempat beliau bertugas dan menjadi jurulatih di akhir-akhir karier beliau dan juga merupakan kapten Iman FC.

Di peringkat kg. pula beliau banyak membantu menaikan nama kg. Kg Nakhoda di masa beliau memenangi Liga Gombak sebanyak 3 kali, naib johan 2 kai dan johan Piala FA sekali. Beliau merupakan seorang yang serius apabila dipadang. Ini menjadikan beliau disegani oleh rakan dan lawan. Beliau banyak membantu menaikan pemain-pemain muda dengan motivasi beliau.

Kehilangan beliau begitu dirasai oleh semua rakan-rakan seperjuangan. Bagi pihak pengurusan Iman FC mengucap takziah pada keluarga beliau dan semoga beliau ditempatkan disisiNya.

AL-FATIHAH
Posted by Picasa

Khamis, 4 September 2008

Lagenda

sumber selangorfc.com

Memilih lagenda bukanlah satu tugas yang mudah. Malahan ianya lebih sukar jika perlu memilih dari senarai panjang pemain hebat yang pernah menyarung jersi Merah Kuning Selangor. Kerana lagenda bukanlah sekadar pemain midfield yang dikatakan sangat hebat tetapi terlibat dalam rasuah, atau pemain penyerang yang kononnya prolifik tetapi gagal mencipta nama ketika bermain untuk negara mahupun tunggak pertahanan kental yang tidak mampu menyumbangkan walau satu kejuaraan Piala Malaysia pun untuk pasukannya walau berkali-kali mara ke perlawanan akhir.


Bagi penyokong Selangor, pemain lagenda ialah pemain yang mengharumkan nama negerinya dengan 9 kejuaraan Piala Malaysia, pemain yang membawa Malaysia dua kali mara ke Sukan Olimpik, pemain yang beraksi 252 caps untuk skuad negaranya, pemain yang beraksi selama 20 tahun dan memenangi 5 anugerah Kasut Emas sepanjang kariernya, pemain yang menjaringkan 9 gol dalam satu perlawanan untuk negerinya dan 7 gol dalam penampilan sulung untuk negaranya, atau pemain yang amat ditagih khidmatnya sehingga RM1 juta diletakkan sebagai harganya.


Dengan kriteria ketat yang ditetapkan, kami pihak pentadbir selangorfc.com memohon maaf jika nama-nama berikut tercicir dari senarai lagenda kami: Karel Stromsik (2 Piala Liga, 1 Piala FA, beraksi di Piala Dunia 1982), Mehmet Durakovic (3 Piala Malaysia, pemain import pertama menjadi kapten perlawanan akhir Piala Malaysia), Razali Alias (3 Piala Malaysia, 2 Piala Liga, penolong jurulatih tiga kejuaraan 2005), Dollah Salleh (2 Piala Liga, jurulatih tiga kejuaraan 2005, Chow Kwai Lam (7 Piala Malaysia; 2 sebagai pemain Selangor, 2 sebagai jurulatih Selangor dan 3 sebagai jurulatih Kuala Lumpur), adik beradik Norbit iaitu Mohd Shah, Zulkifli dan Jamaluddin (6 penampilan final Piala Malaysia di antara mereka) dan ramai lagi.
Edwin Dutton
Arthur Koh
Abdul Ghani Minhat (Selangor)
EDWIN DUTTON
Penyerang
1948-1957
ARTHUR KOH
Penyerang
1952-1961
ABDUL GHANI MINHAT
Penyerang
1955-1968
Soh Chin Aun
M CHANDRAN
Pertahanan
1963-1975
CHOW CHEE KEONG
Penjaga Gol
1965-1978
SOH CHIN AUN
Pertahanan
1970-1979
Santokh Singh
R Arumugam
Mokhtar Dahari
SANTOKH SINGH
Pertahanan
1972-1985
R ARUMUGAM
Penjaga Gol
1972-1988
MOKHTAR DAHARI
Penyerang
1972-1987
Wong Choon Wah
Khan Hung Meng
Abdullah Ali
WONG CHOON WAH
Tengah
1968-1978
KHAN HUNG MENG
Tengah
1982-1989,1991-1992
ABDULLAH ALI
Tengah
1975-1981
Reduan Abdullah
Zainal Abidin Hassan
Azman Adnan
REDUAN ABDULLAH
Tengah
1976-1984
ZAINAL ABIDIN HASSAN
Pertahanan/Penyerang
1980-82,1985-90,1996-99
AZMAN ADNAN
Penyerang
1993-1998,2002-2004

imanfc


Isnin, 25 Ogos 2008

Dollah menyesal tak sudah

Oleh: UTUSAN MALAYSIA

SEANDAINYA mampu dan berpeluang mengubah semula keadaan, mahu sahaja Dollah Salleh mengelakkan kesilapan barisan benteng Selangor yang menjadi punca utama terlepasnya Piala Malaysia kepada Kedah dalam perlawanan akhir edisi ke-82, kelmarin.

Jurulatih Selangor itu mengakui, kesilapan mudah yang tidak sepatutnya dilakukan bagi gol pertama dan ketiga Kedah (Marlon Alex James dan Fadly Baharom) telah mengubah corak permainan lawan menjadi begitu hebat sedangkan anak buahnya yang terus tenggelam secara sepasukan.

"Pada 20 minit pertama, kami menguasai permainan tetapi dengan kesilapan yang kami dilakukan di bahagian pertahanan, corak kami menjadi begitu longgar. Benteng kami tiba-tiba goyah dengan satu dua kesilapan mudah, malah keseluruhan pasukan terikut-ikut," katanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.

Gol pertama Kedah hasil lorongan terus pemain terbaik perlawanan, Nelson Sam Martin kepada Marlon pada minit ke-30 juga tidak mampu dikejar dan disaingi dua benteng tengahnya, Razman Roslan dan Evans Chisulo sehingga penyerang Kedah itu merembat mudah menewaskan Suffian Ab. Rahman.

Kecuaian Razman Roslan dalam mengawal bola biarpun jauh daripada rebutan Baddrol Bakhtiar membolehkan Fadly yang diumpan tanpa dikawal di sebelah kiri, menolak kencang untuk gol minit ke-38 sekali gus mengesahkan Kedah selaku juara tiga gelaran Liga Malaysia buat dua musim berturut-turut.

"Satu kesilapan yang sama (seperti perlawanan akhir Piala FA), cuma dilakukan oleh pemain lain. Khasnya gol ketiga, saya rasa tidak patut seorang pemain pertahanan lakukannya tetapi dalam bola sepak, kita tidak boleh hendak cakap apa, benda sudah berlaku, Kedah mengambil peluang itu dan kami menanggung padah," katanya.

Selangor yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2005 (termasuk Piala FA dan Liga Perdana), bagaimanapun mendahului 1-0 menerusi pemain importnya dari Liberia, Frank Seator dan penyerang kebangsaan, Safee Sali merapatkan kedudukan dengan sepakan sungkit cantik pada minit ke-77.

Kata Dollah yang menempuh musim ketiganya menerajui Gergasi Merah, "kami sudah mencuba sehabis baik dan mulai bangkit pada babak kedua, tetapi tuah masih tidak menyebelahi kami dan memang kami akui kami menentang sebuah pasukan yang bagus seperti Kedah."

Tiga penggantian pemain dilakukan - Amirulhadi Zainal bagi D. Surendran; R. Surendren untuk Elie Aiboy dan Fadzli Saari dengan Indra Putra Mahayuddin namun Selangor yang turut diatasi dari segi jumlah penyokongnya, belum mampu menebus tiga kekalahan kepada Kedah musim ini, 6-2, 1-0 dan 3-2 (Liga Super dan Piala FA).

Menurut Dollah, sebagai jurulatih, dia akur dengan kekalahan itu dan bertanggungjawab sepenuhnya tetapi agak terkilan dengan kehadiran penyokong Merah Kuning yang tidak mampu mengimbangi 'Lautan Hijau Kuning' sedangkan lokasi Stadium Nasional masih lebih hampir dengan Shah Alam.

imanfc

Isnin, 11 Ogos 2008

Anggerik Mencengkam Iman



Pada hari Ahad lepas Iman kalah kepada Aggerik 3-1 menjadikan kekalahan kedua bagi Iman. Kekalahan ini bukanlah kayu ukur sebenar Iman. Dengan keadaan cuaca yang terlalu panas Iman hampir tidak bermaya untuk mengasak kubu lawan. Rata-rata pemain terasa terlalu bahang untuk meneruskan perlawanan.

Dengan barisan tengah di kemudi oleh Fadzil dan Nizam gerakan Iman tampak menjadi cuma percaturan kurang tepat. Dengan corak permainan laju yang cuba di terapkan Iman tampak tidak berfungsi dibahagian jentera serangan. Bola banyak hilang ditengah padang. Permainan separuh masa banyak di kuasai oleh Anggerik. Sekali sekala serangan Iman berbahaya cuma tiada penyudah sempurna. Kelekaan bahagian bawah mengundang padah bila perangkap off-side tidak menjadi sehingga Anggerik berjaya mencuri satu gol. Separuh masa pertama 1-0.

Separuh masa kedua bermula baik apabila pertukaran antara Sariffudin dan Shankar menjadi. Shankar banyak mengucar kacir kubu lawan. Tapi semua bagai tak menjadi buat Iman dimana 6 percubaan tepat berjaya di tepis oleh penjaga gol. Iman terasa sesak lalu terpaksa meninggalkan jauh penyerang lawan di hujung padang. Akibatnya Anggerik berjaya menambah gol.

Keadaan menjadi lebih rumit buat Iman apabila sepakan sudut Anggerik berjaya menerjah jaring buat kali ketiga. Namun Iman tidak patah semangat. Gol yang dicari akhirnya berjaya di cipta apabila sepakan Fadzil terkena tiang lalu terpantul ke dalam kotak, lalu disambung oleh Nizam dengan tandukan kemas ke dalam gawang. Keputusan akhir Iman-1 dan Anggerik-3.