Rabu, 4 Jun 2008

Iman FC Room

Ini adalah Iman Disccusion Room. Bolehlah anda bertukar-tukar fikiran disini. Peringatan sila post yang positif dan bersih sahaja. Sila lihat disebelah kanan listing terdapat Iman FC Room. Klik visit dan anda terus ke laman tersebut. Anda haruslah mendaftar menjadi terlebih dahulu sebelum anda dapat masuk ke room. Diharap dengan adanya room maka dapatlah menambah dan baik pulih serta memeriahkan laman web kita.

Moderator :)


Selasa, 3 Jun 2008

Gambar Lawan Armada





Ini adalah gambar perlawanan persahabat antara Iman FC menentang Armada. Gambar-gambar lain akan dimuat turun kemudian dan akan disematkan di ruang listing supaya senang untuk anda layari. Selain dari terdapat juga video yang bakal dimuatkan dalam masa terdekat. Jika ada sesiapa yang mempunyai gambar-gambar atau video dari handphone atau sumber lain boleh email kepada saya di haritz_ramly@yahoo.com Bagi yang pertama kali melayari web ini, untuk pengetahuan anda jika anda hendak memberi komen hendaklah terlebih dahulu klik kepala tajuk yang tertera icon anak panah supaya senang untuk membuat posting. Jika tidak anda tidak akan mendapat berita penuh.

Isnin, 2 Jun 2008

Perlawanan Persahabatan - Selayang United

Untuk pengetahuan semua Iman FC akan mengadakan perlawanan persahabatan pada hari sabtu ini. Sila maklum kehadiran anda untuk memudahkan pihak pengurusan. Anda juga boleh menghubungi terus En. Aziz atau En. Rifdy untuk maklumat lanjut. Perlawanan ini diadakan memandangkan jadual perlawanan masih belum keluar. Jadi bagi mengekalkan prestasi perlawanan persahabatan ini diadakakan. Menurut FAS jadual akan di keluarkan hujung minggu ini. Perlawanan pertama mungkin sekitar minggu depan. Untuk peringatan bagi ahli yang belum lagi membayar yuran boleh berbuat demikian pada hari sabtu ini.
  • Padang : Metropolitan
  • Tarikh : 7 Jun 2008
  • Masa : 5:00pm

Jumaat, 30 Mei 2008

Apa dah jadi?


Apa dah jadi dengan FAM dan AFC? Gara-gara pertikaian mereka kejohanan CYC jadi mangsa. Pada pandangan saya CYC memang tidak menguntung kita, tapi dari sudut lain ia membantu menjana ekonomi dari segi pelancongan. Dari sudut sukan pula sekurang-kurangnya Malaysia mendapat pendedahan bermain dengan pasukan terbaik didunia. Alangkah ruginya wang pendahuluan RM8 juta telah dibayar bakal lebur begitu sahaja. Mengapa ini harus terjadi. Alangkah baiknya jika dapat disalurkan untuk pembangunan bola sepak negara. Inilah terjadi gajah sama gajah bergaduh, pelanduk yang tersepit di tengah-tengah. Entahlah! Malaysia oh Malaysia!!

Rabu, 28 Mei 2008

Iman FC Berwajah Baru

Buat semua kawan-kawan lawan web Iman FC telah berpindah ke blogspot. Ini kerana web yang sedia ada sangat terhad ruangannya. Dengan berita yang sedia banyak dan info yang diperlukan tidak dapat menampung web tersebut. Oleh itu sekiranya anda ke web imanfc.blog.com pasti anda akan perasan web tersebut terlalu sukar untuk dilayari dan perlahan. Web tersebut masih belum dipadam. Segala maklumat mengenainya akan diberitahu kelak. Diharap dengan terbinanya web ini maka dapatlah memeriahkan arena sukan tanah air. Oleh itu sila beritahu rakan-rakan mengenai web terbaru ni. Sekian.